Tuesday 26 March 2013

Al-Fatihah untuk Dr. Uthman Elmuhammady




Negara kehilangan ulama besar iaitu Dr. Uthman Elmuhammady yang meninggal dunia di kediaman beliau di ISTAC Taman Duta, petang tadi. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan beriman.- Al-Fatihah...


Muhammad Uthman El Muhammady
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim pada 1 Februari 1943) adalah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1426 H pada 10 Februari 2005.[1]

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum memasuki Special Malay Class pada tahun 1943 di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya menjadi Maktab Sultan Ismail, atau Sultan Ismail College hingga ke Tingkatan 5. Beliau kemudian mengambil Higher School Certificate (HSC) di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedah.

Pada tahun 1963, beliau memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam tahun 1966. Kemudian beliau menjadi tutor dan mendapat M.A. tahun 1969.

Beliau terus mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM hingga ke tahun 1973 apabila beliau kembali ke Kelantan untuk menumpu masa sebagai seorang penulis dan pendakwah bebas hingga sekarang.

Pada tahun 1995, beliau dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D. Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha-usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah.

Minat kajian beliau adalah di dalam:
Bidang ilmu-ilmu Islam dan falsafah Barat
Pemikiran semasa dan pandangan Islam tentangnya
Akidah Sunni, faham ilmunya dan pandangan hidupnya
Beliau banyak menumpukan masanya di dalam masyarakat setempat dengan melaksanakan pengajian kitab di masjid-masjid sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan selain dari menunaikan jemputan ceramah di merata tempat.

Di antara penulisannya yang telah dihasilkan beliau ialah:
“Al-Quranul-Karim, terjemahan dan Huraian Maksud”-terjemahan dan huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (5 jilid).
“Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud”, terbitan Majlis Ugama Islam Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.
“Peradaban dalam Islam” terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, edisi 1976 dan beberapa cetak-ulang.
“Memahami Islam” terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, 1977.
“Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi” terbitan Majlis Ugama Islam Kelantan, 1987.
“Islam dan Kebudayaan” risalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan kepada wacana tentang kebudayaan yang disampaikan pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.-  Berita Terkini

Al-Fatihah..

Penangan dalam lif !




Hari ni mnggu ke-5 utk smster ni…Habis je kelas untuk hari ni (isnin), ak terus balik ke asrama desa jati..mase aku n rumet tunggu lif.. Datang rakan sekelas ku.. biasenye kteorg pggil dia k. aida. Sempat la jgk borak2 kosong bersamanya sambil mnggu lif... Lps tu kteorg msk lif bersama.. sebaik je semua org msuk, dengan pantas rumet aku tekan n0. 5 utk tngkat 5… terserentak jgk k.aida speking oram puteh yg mne menyuruh rumet ku tekan no 5 jgk.. tapi memang kteorg sume dr satu aras je pun.. saje je nakal2 cikit..hahhahah

Aku terpaku seketika..bila teringat peristiwa yg berlaku semasa aku n ayah di salah sebuah hotel di madinah.. ketika itu aku dan ayah hendak keluar untuk melihat keindahan kota madinah.. sebaik sahaja lif di dpn aku terbuka.. ak n ayah terus melangkah masuk..dan dalam lif tersebut ad seorang wanita berjubah serba hitam kecuali 2biji mata je yg bleh lihat.. lantas ayah menyuruh wanita tersebut menekan ‘1’ memandangkan beliau duduk hampir dgn butang no2… diam seketika, wanita itu pn berpaling sambil mengangkat kedua-dua belah tangan sambil mengeling kepalanya.. dan ayah memahami isyarat yg diberi oleh wanita tersebut..yang memberitahu beliau tak faham ape yg ayah cakap tadi.. aku n ayah same2 berpaling dan terus tkan no 1…time tu sempat jgk ak ketawa kecil.. astagfirullahal azim 3x… time tu sebenarnya aku tengah raliks main hdphone tu xsedar nak tkan.. bila imbas kembali kesian plak kt wanita tu…( xsempat nk tnye..tgk disebalik niqab mcm org turki…hehe)

p/s: jangan duk asyik men tpon… orang sekeliling pun kne tgk gak…nanti org kate kite sombong !!.. 

Sunday 24 March 2013

Labaik Allahuma labaik...






Tanggal 11 feb 2012 aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk memunaikan umrah. Aku ke sana selama 15 hari , 12 hari di Mekah dan selebihnya di Madinah. Walaupun hajat untuk pergi umrah pada pertengahan tahun 2011 bersama ahli keluarga yang lain tidak tercapai kerana aku tidak cuti ketika itu(time ni aku kne amik short sem…


Alhamdulillah, ayah telah  membawa  aku untuk menunaikan umrah  pada awal tahun 2012 semasa aku cuti semester selama sebulan. Time tu hanya aku dan ayah je yang pergi memandangkan  kakak yg sorang tu sedang menunggu posting, adik pulak sekolah, mom plak kerja xdpt nk cuti..huhu.. apepun aku tetap bersyukur kerana dapat jga pergi..



Segala persediaan sebelum aku ke sana , mak n ayah jga byk menunjuk ajar kpd aku cara2 untuk melakukan ibadah umrah... ak ssgt berterima kasih kpd mak yang byk memberi kata2 semgat dan pesanan sbelum aku pergi… seberadanya ak di sana, memang betul semua pesanan nnasihat mak aku bagi mmg tepat..hehehe.. ak je jual mahal kononnya xde pape kut.. aku jga berkesempatan menghadiri kursus haji n umrah di pejabat Andalusia.


Ak selamat tiba di King Abdul Aziz Internasional Airport, Jeddah lebih kurang jam 7 mlm. Setersnya kami menaiki bas n mngambil masa lbh krg 2jam utk smpai ke Mekah. Akhirnya aku tiba di perkarangan Masjidil Haram.. setibanya ak disana tak dpt ak gmbarkan dgn kata2 ssungguhnya aku sgt terharu n sebak dan xpercaya yg ak telah smpai di tempat yang diidam2kan seluruh umat islam sluruh dunia.

Selesai shja tawaf Baitullah al-Haram sebanyak 7 kali, ak ke safa n marwah utk melakukan saie dan akhir sekali bercukur( permpuan xla cukur just potong beberapa helai rmbut je).. selesai semua bru lah bebas dri pantang larang.. utk mengerjakan umrah kte perlu membuat persediaan fizikal n mental..dan harus ingat ibadat haji lgi mencabar…








Selama 15 hari di sana byk pengalaman yg aku dapat...bercakap dngn orang arab( kite ckap bhs arab pas2 pak arab jwb melayu,makne nye pak arab sume dh terrer bhs melayu he2)..bertemu pelbagai bangsa,turki, Pakistan, oman, s’pore, china, Indonesia pon ramai jgk.. dan byak lgi di seluruh dunia, makan nasi mandy…nasi arab dgn kambing..best kut nasi ni dahlah byk, harganya lebih kurang 20 riyal je ,nseb baik bli satu je tu pun xabis aku kongsi dgn ayah hehe…



kebetulan, Pelakon n pengacara TV Al-Hijrah Irma Hasmie n Anne Ngasri pun same trip umrah dengan aku…kiteorang satu bas kut..hehe..sekali skala ada jgk ak satu lif dgn 2 org artis ni irma n Anne.. dulu tgk dyeorng dlm tv je,,ni dpt la tgk dgn dekat hehe.. siap borak dgn ayah aku lgi..al maklum lah kawan lelaki Irma ni satu bilik dgn ayah aku hehe…



Wlpun byk pengalamam manis aku dpat.. ni je kut yang ak dpat kongsi dgn kengkawan semua… xlarat la nak menaip huhu.. insya Allah ada mse ak crita kan lgi  hehe2…Alhamdulillah ak n ayah selamat tiba di KLIA lebih kurang jam 2ptg  disambut oleh my second sister heheh..sebelum ak n ayah terbang ke sultan ismail airport, pengkalan chepa.. :) :)




lensa kamera from C3 je haks !!


2nd floor Masjidil Haram, Mekah


me, cik minah, cik ram n suami cik ram.. di lobi Mubarak Silver Hotel,Madinah.. 

candid dr ayah !

suasana di dlm Masjidil Haram... ni makcik2 turki..hehe

ukas bukit uhud huhu

Masid Nabawi...sollu a'lai

my big boss... ayah ! dpn King Abdul Aziz Gate , Masjidil Haram

at Masjid Quba.

Semoga Allah menerima ibadah umrah aku ini dan berharap bukan kali terakhir aku kesana…

Amenn.

Friday 22 March 2013

Cerita Pagi Jumaat





Tadi selesai je kelas medotologi...ak terus ke libri ....on the way ke libri ad kwan ak call suh pi hantr dia di ktm nilai.. tanpe pikir pnjang ak trus pi amik dia kt kolej kediaman sbb dia rush nk blik kg.. then ak drive ke ktm nilai. on the way blik pulak, ak singgah pjbat pos kt giant2 nk pos bngkusan ke kulim alang2 lalu giant.. bungkusan tu dah lama ak perap kt dalm bonet kete.. adalah dlm sbulan..hihihi.. memandangkan kelas penuh je pgi smpai ptg.. xde masa nk g pos... on the way blik pulak..time ak tutup pintu kete, ttiba je ada seorang makcik dan anak permpuannya (dlm lingkungan 35taun) datng menghampiri ak dan halang dr tutup pintu2.. aku hairan knpe dgn makcik n kakak ni.. ketika tu, dlm otak aku ligat berfikir why makcik ni.. ke ak ad langgar kete dia ke, buat calar kereta dia atau buat pape salah ke.. mcm2 wei ak fikir dlm mse bbpe saat2( muka kakak ni dah la serius semacam)... dah la mak ayah ak jauh nun di kg..biasanya kalau kt umah senang je ad ayah huhuhu.. then, ak hnya mengukir snyuman kt 2 beranak ni.. si kakak ni pn mula  b'tnya ak..

si kakak:  dik belajar kt universiti sains islam ke?  
aku : dgn laju n konfidem nya ak jwb... ya saya bljar kt situ.. then, ak tnya blik, knape ye kak?
si kakak: adik knal x nilai impian kt mne?
aku : owh nilai impian.. nilai impian tu dekat nilai 3 kak.. (x abis ak ckap ttiba kakak ni potong.)
si kakak : kiranya awak kenal la ye.. nilai impian tu yang ada taman perumahan baru..
aku :  a'ah.. 

si kakak ni tnye lagi

si kakak : sebenarnya saya nk cri pelajar universiti sains islamyang boleh mengajar al-quran kt rumah saya.. di nilai impian lah. ada x kawan2 awak bleh ajar sya dan keluarga saya.
aku : Ooo...(xsempat ak nk cakap dia potong lgi..)
si kakak : tp dik, akak nk yang ad transpot la kereta ke motor ke mcm awak ni....dan satu lgi akak xkisah laki ke perempuan janji bleh ajar akak, suami dan anak2 sume mengaji al-Quran.. akak sebenarnya nk memperbaiki bacaan akak ni. harap ada la sape2 yang boleh ajarkan.
aku : insya Allah kak, nti sya cuba cari n bgtau kawan2 saya yg mne layak utk mengajar akak sekeluarga..
si kakak: dan satu lagi tentang bayaran adik jgn risau.. akak akan bayar brape pun..
aku : insya Allah kak..

si kakak tambah llagi...

si kakak : hri2 saya ad jumpe iklan mengenai perkhidmatan mengaji rumah ke rumah ni.. tp akak x yakin.. samada orang2 ni btol2 nk mengajar atau sebalik nya. so, akak mintak adik la ye bantu akak. .. ni no phone akak..013-XXXXXX..
aku : ok..bleh je akak.. nti saya text @ call akak ye..
si kakak : terima kasih dik .
aku : sama2 :)

Ya Allah , first time ak jupe kakak sebegini yang btul2 mintak pertolongan aku untuk mencarikan dia seorang pelajar agama yang boleh mengajar al-Quran dengan hukum tajwid yg betul untuk ahli keluarganya. pada permulaan perbualan itu, ak takut jgk tgk air muka nya mcm garang.. tp sebaliknya berlaku... 

Smasa drive blik ke libri.. ak terfikir sudah cukup kah ilmu tajwid ak sekiranya ade adik2 ke kakak2 minta tolong ajarkan mereka hukum tajwid?? dan sekarang ak mula teringat dulu ayah ada paksa aku pergi kelas tajwid di Melor..kelas tu hnya 3hari smggu dan selama 2jam tu pun ak bgi byk alasan sbab xcekak nk g.. memandangkan kelas itu diajar di sebelah malam...tetapi,.alhamdulillah byk input aku dpt semasa mengikuti di kelas tajwid...tp sekarang ak mula sedar dan cuba sedaya upaya untuk mendalami hukum tajwid dan baca al-Quran dgn sempurna..

Apepun  kita tak terlambat lagi untuk belajar hukum tajwid walaupun usia sudah meningkat. janganlah malu untuk belajar wpun kanak-kanak di usia yg kcil sudah mengenal al-Quran dan hukum tajwidnya. Seseungguhny Allah Maha Pengampuan dan lagi Maha Mengasihani.


                                   didiklah anak-anak kecil mengenali Al-Quran



Thursday 14 March 2013

:: jom taubat ::

~~sesungguhnya pintu taubat Allah seluas langit dan bumi via UAI~~          
                                                      

Taubat berasal dari perkataan Arab iaitu taubah yang membawa maksud kembali daripada melakukan perkara buruk atau maksiat kepada Allah dan seterusnya berusaha melakukan perintah-perintah Allah.

Allah mewajibkan kita supaya melakukan taubat setelah menyesal melakukan dosa besar seperti BERZINA, MEMCURI, MEMBUNUH dan sebagainya. Seperti mana firman Allah SWT :

Surah an-nur ayat 31 bermaksud:

“Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, semoga kamu mendapat kejayaan”

Surah az-Zumar ayat 54 bermaksud:

“Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu serta berserah dirilah kepada-Nya, sebelum tiba azab kepadamu yang waktu itu kamu tidak akan dapat ditolong.”


Ayuh kawan perbanyakkan taubatmu semoga Allah memberi keredaaNya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani akan menerima taubat hamba-hamba-Nya yang betul-betul ikhlas mengharapkan keredaan-Nya…Firman Allah SWT:

Surah asy-Syura ayat 25 bermaksud:

“Dan Dia-lah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan mengampuni dosa-dosa mereka serta mengetahui apa yang kamu lakukan.”

Surah al-Baqarah ayat 160 bermaksud:

“bagi mereka yang telah bertaubat dan melakukan perbuatan-perbuatan baik serta menerangkan tentang kebenaran akan-Ku terima taubatnya, kerana Aku-lah Maha Penerima taubat dan Maha Penyanyang.”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiap seseorang anak Adam, sering berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang-orang yang bertaubat.”

“Tiada sesuatu yang lebih disukai Allah selain pemuda yang bertaubat.”
~~Ibnu Majah~~

Syarat Taubat

Harus diingat taubat bukan hanya disebut melalui lisan tetapi mesti beserta dengan  hati. Syarat taubat ialah:
      Segera meninggalkan dosanya.
       Menyesali apa yang telah dilakukan.
      Bertekad tidak mengulangi perbuatan tersebut.
      Memohon maaf (sekiranya melibatkan manusia)

Waktu Bertaubat

Waktu untuk bertaubat tidak terbatas, bila-bila saja boleh bertaubat. Se-afdalnya melakukan secepat mungkin, ini kerana kita tidak mengetahui bila ajal kita tiba. Sabda Rasulullah SAW:

“Barang siapa yang bertaubat sebelum ajal sampai di kerongkong, maka Allah menerima taubatnya.”
~~ Hadis Riwayat Ahamad & Tirmidzi~~

“Barangsiapa bertaubat sebelum matahari tenggelam di ufuk timur (kiamat) maka Allah menerima taubatnya.”
~~Hadis Riwayat Muslim~~

Cara-Cara Bertaubat

Seperti sabda Rasulullah dengan memunaikan solat dua rakaat:

        Berwuduk dengan sempurna( dimulakan Bismillah dan disudahi doa sesudah wuduk).
        Berdiri untuk melakukan solat dua rakaat.
        Menghadapi wajah dan kalbu dengan sepenuh hati.
        Tidak lalai semasa solat.
        Memohon keampunan Allah dengan bersungguh-sungguh.


Dengan sedikit pengkongsian ini dapat membantu kita semua agar sentiasa mengingati Allah dan selalu bertaubat kepada Allah. Marilah kita perbanyakkan taubat kepada Allah sebelum ajal menjemput kita kelak..