Thursday 14 March 2013

:: jom taubat ::

~~sesungguhnya pintu taubat Allah seluas langit dan bumi via UAI~~          
                                                      

Taubat berasal dari perkataan Arab iaitu taubah yang membawa maksud kembali daripada melakukan perkara buruk atau maksiat kepada Allah dan seterusnya berusaha melakukan perintah-perintah Allah.

Allah mewajibkan kita supaya melakukan taubat setelah menyesal melakukan dosa besar seperti BERZINA, MEMCURI, MEMBUNUH dan sebagainya. Seperti mana firman Allah SWT :

Surah an-nur ayat 31 bermaksud:

“Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, semoga kamu mendapat kejayaan”

Surah az-Zumar ayat 54 bermaksud:

“Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu serta berserah dirilah kepada-Nya, sebelum tiba azab kepadamu yang waktu itu kamu tidak akan dapat ditolong.”


Ayuh kawan perbanyakkan taubatmu semoga Allah memberi keredaaNya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani akan menerima taubat hamba-hamba-Nya yang betul-betul ikhlas mengharapkan keredaan-Nya…Firman Allah SWT:

Surah asy-Syura ayat 25 bermaksud:

“Dan Dia-lah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan mengampuni dosa-dosa mereka serta mengetahui apa yang kamu lakukan.”

Surah al-Baqarah ayat 160 bermaksud:

“bagi mereka yang telah bertaubat dan melakukan perbuatan-perbuatan baik serta menerangkan tentang kebenaran akan-Ku terima taubatnya, kerana Aku-lah Maha Penerima taubat dan Maha Penyanyang.”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiap seseorang anak Adam, sering berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang-orang yang bertaubat.”

“Tiada sesuatu yang lebih disukai Allah selain pemuda yang bertaubat.”
~~Ibnu Majah~~

Syarat Taubat

Harus diingat taubat bukan hanya disebut melalui lisan tetapi mesti beserta dengan  hati. Syarat taubat ialah:
      Segera meninggalkan dosanya.
       Menyesali apa yang telah dilakukan.
      Bertekad tidak mengulangi perbuatan tersebut.
      Memohon maaf (sekiranya melibatkan manusia)

Waktu Bertaubat

Waktu untuk bertaubat tidak terbatas, bila-bila saja boleh bertaubat. Se-afdalnya melakukan secepat mungkin, ini kerana kita tidak mengetahui bila ajal kita tiba. Sabda Rasulullah SAW:

“Barang siapa yang bertaubat sebelum ajal sampai di kerongkong, maka Allah menerima taubatnya.”
~~ Hadis Riwayat Ahamad & Tirmidzi~~

“Barangsiapa bertaubat sebelum matahari tenggelam di ufuk timur (kiamat) maka Allah menerima taubatnya.”
~~Hadis Riwayat Muslim~~

Cara-Cara Bertaubat

Seperti sabda Rasulullah dengan memunaikan solat dua rakaat:

        Berwuduk dengan sempurna( dimulakan Bismillah dan disudahi doa sesudah wuduk).
        Berdiri untuk melakukan solat dua rakaat.
        Menghadapi wajah dan kalbu dengan sepenuh hati.
        Tidak lalai semasa solat.
        Memohon keampunan Allah dengan bersungguh-sungguh.


Dengan sedikit pengkongsian ini dapat membantu kita semua agar sentiasa mengingati Allah dan selalu bertaubat kepada Allah. Marilah kita perbanyakkan taubat kepada Allah sebelum ajal menjemput kita kelak..

No comments:

Post a Comment