Friday 31 May 2013

Kehebatan Fatimah Az-Zahra


Tahukah anda siapa Saidatina Fatimah? Saidatina Fatimah az-Zahra r.a. adalah puteri bongsu Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bersama isteri tercinta Saidatina Khadijah Bin Khuwailid. Beliau merupakan anak yang ke-empat Rasulullah S.A.W. yang mana dilahirkan pada penghulu hari iaitu hari Jumat bersamaan 20 Jamadil Akhir. Saat kelahiran putri kesayangan Rasulullah bertempatan dengan selesainya orang Quraisy membina Ka’bah. Kelahiran Saidatina Fatimah az-Zahra memberi kegembiraan kepada Rasulullah S.A.W.  kerana Rasulullah berasa tenang dengan kelahiran Fatimah az-Zahra dan berkata kepada Saidatina Khadijah,

“Wahai Khadijah sesungguhnya dia (Fatimah) adalah manusia yang diberkati dan sesungguhnya Allah S.W.T memberi keturunuan darinya.”

Kegembiraan Rasulullah bertambah lagi dengan kemiripan Fatimah az-Zahra dengan baginda Rasulullah S.A.W dan direkod oleh Al-Hakim meriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a berkata,

“Sesungguhnya Fatimah az-Zahra adalah seorang yang sangat mirip dengan Rasulullah S.A.W. dengan memiliki kulitnya putih, bibirnya merah dan rambutnya hitam.”
Menurut Ummul Mukminin Ummu Salamah r.a berkata.
“Fatimah az-Zahra adalah anak Rasulullah S.A.W. Dia adalah seorang yang memiliki perwatakan mirip dengan Rasulullah S.A.W. Manakala daripada Aisyah Ummul Mukminin r.a berkata,

“Saya tidak pernah melihat seorang pun dari ciptaan Allah S.W.T. (manusia) yang serupa ucapan dan perkataannya dengan Rasulullah S.A.W. selain Saidatina Fatimah az-Zahra.”

Saidatina Fatimah az-Zahra memiliki banyak gelaran antaranya Az-Zahra, Ash-Shadiqah, Al-Batul dan Ummu Abiha. Tetapi gelaran paling dikenali ialah Az-Zahra yang mana gelaran ini diberikan oleh ayahandanya sendiri Rasulullah S.A.W. yang bermaksud bunga bagi Nabi S.A.W. kerana memiliki kulit yang putih. Diriwayatkan dari Ja’far Bin Muhammad Bin Ali r.a dari ayahnya berkata,

“Saya bertanya kepada Rasulullah tentang Fatimah, “Kenapa kamu menamakannya dengan Fatimah?” Baginda menjawab. “Kerana jika dia berdiri di mihrobnya dia akan memancarkan cahaya bagi penghuni langit sebagaimana bintang menyinari penghuni bumi.”

Walaupun Saidatina Fatimah anak Rasulullah S.A.W., beliau juga melayari kehidupan seperti bangsa arab lain dengan mengamal cara hidup yang sederhana serta tidak mendesak Rasulullah S.A.W memberi khadam kepadanya walaupun beliau hidup susah.

Umum mengetahui Saidatina Fatimah Az-Zahra memiliki  budi pekerti mulia kerana beruntung sejak kecil lagi diasuh dan dididik dengan akhlak mulia oleh ibubapanya Rasulullah S.A.W. dan Saidatina Khadijah bin Khuwailid. Saidatina Fatimah merupakan  seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup ini dapat dilihat semasa keperitan hidup yang dilalui yang mana mengamalkan konsep keserhanaan walaupun beliau puteri Rasulullah S.A.W. serta tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kepentingan peribadi.

Beliau juga seorang yang taat kepada agama dan suami dibuktikan lagi beliau sangat setia kepada suami, sentiasa menjaga maruah sebagai isteri, membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti serta tidak pernah ingkar suruhan suami, serta menyokong perjuangan dakwah suaminya iaiti Saidina Ali r.a.

Fatimah juga memiliki sifat pemurah dan bertanggungjawab serta mempunyai semangat jihad yang tinggi. Sifat pemurah Saidatina Fatimah dapat dilihat menerusi peristiwa kedatangan Salman yang kelaparan datang ke rumahnya untuk meminta makanan. Ketika itu walaupun Saidatina Fatimah juga tidak memiliki apa-apa makanan dan memberi tudungnya kepada Salam agar ditukar dengan jagung dengan Shamoon seorang yahudi yang mana akhirnya memeluk islam.

Selain itu juga,  Saidatina banyak membantu Rasulullah S.A.W dalam menegakkan agama Islam. Beliau juga sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam yang dibawa oleh ayahnya dan pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah dan sabar.Sifat beliau yang lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan sendiri ini  harus diteladani oleh kaum Muslimat hari ini.

Hasil perkahwinan bersama Saidina Ali r.a dikurniakan tiga orang anak yang dididik menjadi anak yang soleh iaitu al-Hassan, al-Hussain dan Zainab. Saidatina Fatimah juga berjaya menjadi seorang ibu yang baik untuk ketiga-tiga anak mereka yang mana tidak pernah membantah Saidatina Fatimah. Hasil didikan sempurna melayakkan al-Hassan, al-Hussain dipilih menjadi Saiyidan Syabab Ahli Jannah, manakala  Zainab pula mengadakan majlis Pengajian Khusus untuk wanita(Ahli sastera Islam).

 Kalau kita lihat banyak sumbangan Saidatina Fatimah dalam perjuangan islam antaranya menjadi pendorong dan motivasi kepada Rasulullah S.A.W.  ketika Rasulullah S.A.W.  menerima tekanan kaum Quraisy Mekah. Selain itu, turut membantu menyediakan makanan untuk tentera Islam yang menggali parit dalam peperangan Khandak. Menjadi seorang isteri yang solehah dengana memberi khidmat kepada suaminya Saidina Ali menyampaikan dakwah dan membuat persiapan untuk memasuki medan peperangan. Beliau juga tidak terkecuali membantu bersama-sama dengan wanita Islam memberi rawatan kepada tentera Islam yang cedera dalam peperangan Uhud. Begitu hebat dan mulia pengorbanan yang diberikan oleh Saidatina Fatimah dalam membantu perjuangan Islam sejak kecil sehingga kewafatannya.

Saidatina Fatimah meninggal dunia  enam bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. ketika beliau berusia 28 tahun dan dimakamkan oleh Ali di Janat Ull baqih, Madinah.
Kehebatan Saidatina Fatimah az-Zahra harus kita contohi melalui sifat-sifat keperibadiannya yang unggul dan hebat. Sekiranya kaum muslimat samada seorang anak, isteri dan ibu dapat meniru dan meneladani sifat-sifat ini dapat kita menjalani kehidupan yang diredai serta mendapat kebahagian.
 wassalam... :)

Monday 13 May 2013

Doa senjata mukmin



 Pernahkan kita berfikir, kenapa doa atau hajat kita tak dimaqbul Allah?
Allah tak mendengarkah rintihan kita, atau Allah marahkan kita atas dosa2 kita lakukan? 
Apapun, kita perlu muhasabah diri, check balik apa yang menyebabkan Allah melambatkan doa kita bukan tak terima doa kita…

Tapi, kita perlu tahu waktu2 yang mustajab untuk berdoa agar permintaan kita dpt dimaqbul Allah:

Sepertiga malam terakhir.
Antara azan dan iqamah.
Ketika sedang sujud di dalam solat.
Selepas menunaikan solat fardu
Ketika sedang berpuasa.
Pada malam lailatulqadar dan hari arafah.

Banyakkan lah berdoa supaya kita sentiasa selamat di dunia dan akhirat.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار
 والحمدلله رب العالمين



@@@@@@@@@@@@@

Syukur Itu Pasti

“Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan memgabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah itu mengundang azab”. - Hadis riwayat Ahmad.

Cuba kita hayati setiap bait hadis ini, memberi makna yang sangat tepat untuk menggambarkan  kita yang hidup di akhir zaman ni. Mungkin sesetengah kita tak sedar atau lupa untuk mengucapkan lafaz syukur atas pemberian nikmat Allah yang tak ternilai hebatnya kepada hamba2Nya.

Kalau nak hitung jumlah pemberian nikmat Allah kepada kita semua, memang tak terhitung. Mungkin kita sering dengar..kalau dapat anugerah atau keputusan yang cemerlang pasti kita katakan ini usaha aku selama ni…dan sukar kita nak ucapkan lafaz syukur kepada Allah... bila masa kita merosot atau gagal dalam sesuatu pekerjaan…barulah kita berpatah balik ke pangkal jalan dan sedar akan kerdilnya diri kita.. tapi semua ni ada hikmah tersendiri yang kita tak ketahui. 

Sesungguhnya perancangan Allah adalah yg  terbaik !

jom dengar lagu raihan, syukur-syukur
hayati lirik2 indah dri raihan :)


Carilah Kawan


Abu Hasan al-Syazili berkata: Guruku, Syeikh Abdul Salam bin Masyisy berpesan: “janganlah kamu melangkahkan kaki kecuali untuk mendapat keredaan Allah s.w.t. Jangan kamu duduk dalam sesuatu majlis kecuali majlis yang bukan maksiat. Jangan kamu bersahabat kecuali dengan yang dapat membantumu melakukan ketaatan kepada Allahs.w.t. dan jangan kamu memilih sahabat karibmu kecuali yang dapat menambah keyakinanmu kepada Allah s.w.t. namun semua itu sangat sukar aku temui.”

Tadi sebelum tidur malam, aku capai sebuah majalah Iman dari rak buku di sebelah katilku… tajuknya lindungiku dari syaitan..sedangkan aku membaca,aku tertarik dengan ruangan pesan guru yang ada menyentuh pasal pemilihan sahabat.

Bagi aku, pilih sahabat penting kerana ia akan mempengaruhi karekter dan agama kita. Teringat aku akan sepotong hadis mengatakan:

"Sekiranya kamu ingin melihat agama mu lihat lah agama sahabat mu..".

Oleh itu, kita hendaklah memilih sahabat yang boleh membawa kita ke arah mencapai keredaan Allah..bukan ke arah sebaliknya. Tapi, tidak semestinya kita terus meminggir kawan kita yang di kira bermasalah itu.. seeloknya kita sama2 pimpin mereka ke arah jalan yang betul… agar kita sama2 dapat mardhotillah..

wassalam..

jom layan....



Sunday 12 May 2013

Panggilan 1 rejab 1434 H


Kepenatan mengusahakan gerai bersempena hari keusahawanan yang berlansung selama 4 hari membuatkan aku pada malam 1 rejab lena dibuai mimpi tepat jam 12 mlm….

Sepanjang malam tersebut aku memang tido setido nya sehingga ada beberepa mesej msuk pun aku tak tersedar… lebih kuraang jam 6 pagi aku tersedar dan aku mencapai handphone utk melihat jam..dan aku tgk ada bberapa mesej..mesej tu dri kakak aku..aku berasa pelik dan melihat waktu msg itu msk dlm kul 2,3 pagi..hati aku mula berasa risau padahal aku xbaca lgi kandungan mesej tersebut..lantas aku mbukak mesej dan mesej tersebut menyatakan makcik aku dalam kritikal:

“mok bah masuk wad.kritikal.body mulfuction.skrg kat emergency red zone di hospital selayang. Smua org tak leh masuk tgk lagi setakat ni..”

Dan bca lagi msg kedua:

“situasi skrg amat kritikal.doc tak leh nak buat apa sbb darah terlalu cair. Terus burst..”

Tanpa sedar mata aku mula berair dan pagi tu selesai solat subuh aku bca kan yaasin.. hati aku mula tertanya  mok bah ni ada sakit berat ke ?? setahu ak mok bah ada pnyakit kencing manis je…
Kebetulan pagi tu aku diwajibkan hadir ke bengkel tesis di DKU fpqs… sebelum aku pegi bengkel aku da call kakak utk menanya khabar keadaan mokbah di hospital..kakak ku kte dia smalam tido kt hospital utk mnggu keadaan mok bah dan mengatakan mok bah still lgi tak sedar kan diri selepas dimasukkan di hospital semalam lebih kurang kul 11mlm..dan aku berasa sgt sedih  xboleh pegi tgk mok bah sebab ada bengkel tesis ..

                                                ##########################

Sampai saja di DKU fpqs..aku duduk sambil membaca nota yang diberi utk sesi taklimat pagi tu… lebih kurang kul 9 aku terima panggilan kakak mengatakan mok bah dah tenat….

Kemudian ak bgtau keadaan mok bah kpd kwn sebelah aku…kwn aku menasihati aku spya pegi melawat mok bah.. tanpa melengahkan masa aku pulang ke asrama utk bersiap ke hospital.. tiba di asrama aku meminta rumet aku utk hntar ke ktm nilai..rumet aku tnye ada pape belaku ke..aku bgtau makcik aku tenat..dan dia menawarkan dirinya utk menemanku ke sana..tanpa fikir panjang aku dan rumet aku bergegas ke ktm..

Spanjang perjalanan aku berdoa smga mok bah dapat bertahan utk melawan penyakitnya… dalam kul 11 lebih aku terima mesej dan menyatakan mok bah dah tak da dah..  tatkala mbaca bait mesej tu aku mlafazkan innalillahi waiinna ilaihiraajiuunn… aku smpai di ktm kepong sentral 11.45pg dan naik teksi ke hospital…

Sampai shja di hospital aku bergegas ke unit forensic dan melihat saudara aku termasuk mak aku dri Kelantan sudah tiba di hospital … aku melihat kesedihan terpancar di muka mereka yang semua terduduk dilantai hosp smbil mnggu jenazah arwah mok bah..

Suasana ruang menunggu di bilik mayat dipenuhi bacaan yaasin oleh saudara2 ku.. aku jgk berkesempatan melihat arwah mok bah utk kali terakhir sebelum dikafan kan.. aku jga bersyukur krna dapat mmbantu mengurus jenazah arwah mok bah utk kli terakhir… aku juga mengiringi arwah mokbah dlm van jenazah dri hosp hingga ke masjid..sepanjang perjalanan aku berdoa agar pengurusan jenazah arwah mok bah berjalan lancar…selepas solat asar, aku turut serta menunaikan solat jenazah utk arwah mok bah… 

Alhamdulillah arwah mok bah selamat dikebumikan.. semoga arwah mok bah tenang di alam sana..

 semalam aku dpt pengalaman pling berharga dan xpernah lagi aku buat sepanjang idup aku..
-mbantu pengurusan jenazah arwah mok bah di bilik mayat hosp selayang
-mengiringi arwah mok bah dalam van jenazah dr hosp selayang smpai masjid di rawang
-solat jenazah utk arwah mok bah

"Allahhummaghfir laha warhamha wa'aafiha wa'fu anha"

mungkin kwn aku di luar pernah mengendalikan pengurusan jenazah..pengalaman semalam byak mengajar aku dan aku berharap agar kita sume dapat mnambah ilmu selok belok cara pengurusan jenazah.


Al-fatihah..